Oleh : Aferatul Abidah Binti Azuddin@Adzli http://syahadatulhaq.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
wbt buat semua para hati yang sedang membaca entry ini… moga kalian semua
sentiasa dalam nikmat kesihatan yang baik dan bersyukurlah kepada-Nya... pada
entry kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu mengenai kesihatan..
Kehidupan
kita pasti tidak akan lengkap tanpa telefon bimbit… setiap dari kita pasti punya
tujuan tersendiri akan penggunaan telefon bimbit sama ada untuk memudahkan
urusan kerja, memperolehi maklumat dan sebagainya…
Jujur
penulis katakan, tiada had umur bagi generasi hari ini untuk memiliki telefon
bimbit sendiri.. hatta kanak-kanak yang berusia setahun pun turut memiliki telefon
bimbit sama ada berjenama Angry bird, Ben 10, Barbie dan sebagainya… hebat
bukan generasi kita?? ^__^
Tetapi,
sedarkah kalian tentang kebaikan dan keburukan telefon bimbit?? Sebenarnya,
setiap peralatan teknologi punya kebaikan dan keburukannya yang
tersendiri…hingga ke hari ini, isu kesan negatif penggunaan produk yang
membebaskan gelombang elektromagnet terutamanya telefon bimbit tidak pernah
surut sebaliknya menjadi semakin kronik. Tahukah anda penggunaan telefon bimbit
selama 30 minit, kesannya sama dengan bahaya minum kopi atau terdedah kepada
asap kimpalan?? Bahaya bukan?? Siapa sangka kerana kenyataan ini bukan main-main
sebaliknya ia dibuktikan daripada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO).
Bagi
penulis, penulis suka dengan kenyataan Prof. Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu, Ketua
Pusat Keserasian Elektromagnet, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kata
beliau, “perkara paling penting dalam penggunaan alatan teknologi ini ialah
kita tahu cara mengendalikannya”.. tambah beliau lagi, “bahaya atau
tidak bergantung kepada tahap kuasa yang dipancarkan dan tempoh pendedahan.
Dalam konteks ini antenna pemancar, ketuhar gelombang mikro yang bocor dan
penggunaan telefon bimbit dalam tempoh yang lama adalah paling bahaya…”. jadi,
konklusi terbaik adalah dengan menjaga JARAK.. pendapat beliau, dengan menggandakan jarak
daripada peralatan tersebut dapat mengurangkan kuasa sebanyak empat kali
ganda…”
selain itu,
terdapat beberapa tips lain yang dapat kita praktikkan dalam menghindari
bahaya penggunaan telefon bimbit… sama-sama kita amalkan insyaAllah;
1.AKTIFKAN
SPEAKER
Menggunakan
speaker saat berbual akan mengurangkan tenaga atau tingkat kekuatan radiasi
telefon bimbit. Semakin jauh jarak anda dari telefon bimbit, semakin rendah
signalnya..
2. PILIH
UNTUK SMS
Pilihlah
untuk menggunakan kaedah sms berbanding membuat panggilan kerana diyakini
mengirim teks dapat membantu membatasi durasi paparan radiasi. Namun
dinasihatkan untuk tidak bersms melebihi 15 minit dikhuatiri membawa kepada
penyakit sendi.
3.PILIH
“oofline” MODE
Pilih untuk
terus matikan telefon bimbit apabila anda tidak ingin menggunakannya ataupun
biarkan ia berada di kedudukan flight mode kerana ini akan mematikan
transmitternya.
4.BERALIH
TELINGA
Jika anda
terpaksa menggunakan telefon bimbit dalam tempoh yang panjang, biasakan untuk
bertukar-tukar telinga dalam erti kata lain gunakan kedua- dua belah telinga.
Hal ini menurut Dr. Gittleman, ia mencegah meningkatkan risiko tumor otak dan
kanser kelenjar pada telinga yang sering digunakan.
5.HINDARI
RUANG SEMPIT
Hindari
juga penggunaan telefon bimbit apabila berada di ruang yang sempit seperti
semasa berada di dalam lif ataupun kenderaan kerana ia menggunakan tenaga yang
besar untuk menembusi dinding yang ada.
6.PERHATIKAN
SIGNALNYA
Jangan
menggunakan telefon bimbit ketika signalnya lemah, atau semasa anda sedang
menggunakan kenderaan yang bergerak pantas seperti kereta api kerana ini secara
automatik akan memicu kekuatan signal hingga ke paras maksimum.
7.HADKAN
PENGGUNAANYA
Biasakan
diri tidak bercakap di telefon dengan terlalu lama. Jika anda suka berbual
dengan lebih lama, pilih untuk menggunakan telefon rumah kerana itu jauh lebih
selamat….
8.KURANGKAN
PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
Telefon
pintar seperti BlackBerry dan iPhone menghasilkan radiasi yang lebih tinggi
daripada telefon bimbit biasa.. pada penulis, kalau boleh bersederhanalah dan
belilah telefon bimbit yang dapat menerima panggilan dan menghantar pesanan
ringkas (sms) pun sudah memadai. Namun, ikutlah kemampuan masing2….
9.JAUHKAN
TELEFON BIMBIT KETIKA BELUM DIHUBUNGKAN
Bagaimana
caranya?? Tekan dahulu nombor yang hendak dihubungi dan sebelum talian
disambungkan, jauhkan dahulu telefon bimbit dari telinga anda. Ini kerana pada
saat itu telefon bimbit sedang berusaha berhubung dan sedang mengirimkan
signalnya yang terkuat. Bahaya bukan??
10.ELAKKAN
MENYIMPAN TELEFON BIMBIT DIDALAM POKET
Dalam suatu
penelitian, ditemukan bahawa lelaki yang kerap menyimpan telefon bimbit dalam
poket cenderung memiliki jumlah sperma yang 25 peratus lebih rendah
dibandingkan dengan kelompok lelaki yang
tidak melakukannya. Setiap bahagian tubuh dikatakan menyerap radiasi pada
intensiti yang berbeza dan jaringan testikular dikatakan berkemungkinan lebih
mudah diserang.
11.JANGAN
TIDUR BERSAMA TELEFON BIMBIT
Ramai
dikalangan kita menjadikan telefon bimbit sebagai fungsi alarm.. benar bukan??
Termasuklah penulis sendiri turut melakukannya. Namun diingatkan, jangan pula
hingga anda meletakkan telefon bimbit berhampiran dengan posisi kepala anda kerana
medan elektromagnet akan mengurangi produksi melatonin pada tubuh hingga
menyebabkan kerosakan DNA.
12.ELAKKAN
PENGGUNAAN DI GIM
Elakkan menggunakan
telefon bimbit di gimnasium kerana kawasan tersebut dikelilingi dengan besi dan
ia berada di dalam satu ruang.
-----------------------------------------------------------------------
Dari
penulis, jagalah
nikmat kesihatan yang diberi oleh-Nya dengan sebaiknya… jangan kerana dek
terlalu belajar mahupun bekerja sehingga kita lupa akan kesihatan kita yang harus
dijaga… dan nasihat penulis buat diri penulis dan semua para hati yang sedang
membaca entri kali ini, tambahlah pengetahuan dalam dirimu dengan membaca apa
sahaja ilmu selagi mana ilmu itu tidak lari dari syariat Islam kerana dengan
ilmu yang kita milikilah, kita dapat menolak segala ideologi-ideologi pemikiran dari Barat yang cuba untuk
menghancurkan umat Islam pada hari ini……
manfaatkanlah juga penggunaan teknologi hari ini sama ada laman
mukabuku, blog, twitter, skype dan sebagainya
dengan sebaik mungkin untuk membantu Islam.. jika kita tidak bantu
Islam, siapa lagi??
Tidak lupa juga
kepada diri yang sedang berkata-kata ini dan insan2 penulis kasihi yang dimuliakan menjadi wanita, jagalah suaramu ketika berbicara di
telefon bimbit dengan insan yang bergelar ajnabi bagimu kerana khuatir dirimu
kelak akan menjadi fitnah runtuhnya iman dalam diri mereka yang bergelar pemuda
harapan Islam… juga kepada insan2 yang dimuliakan menjadi seorang pemuda,
gunakanlah telefon bimbit dengan sebaik mungkin.. usah menjadikannya sebagai
medium untukmu menyibukkan diri mengisi masa lapang dengan menambah kenalan
dalam kalangan yang berlainan jantina mahupun sekadar ingin menguji… ingatlah, dirimulah yang bakal menjadi seorang Imam kelak dan bagaimana
Imam itu andaikata ilmu didadanya hanya setaraf pelajar sekolah rendah?? Mampukah
ia memimpin makmumnya kelak?? Jadi, manfaatkanlah masa lapangmu dengan melakukan aktiviti yang jauh lebih
berfaedah berbanding ber “sms” yang hanya tiada apa2 tujuan yang munasabah… muhasabah buat
diri kita bersama…
Akhir
kalam, moga2 entri kali ini memberi manfaat buat semua yang
penulis kasihi kerana-Nya… beringatlah selalu bahawa, “mencegah itu lebih
baik daripada mengubati…”
Berkata
Hasan al-Basri; “setiap kali engkau bersyukur kepada Allah, engkau akan
diberi kurnia yang mengharuskan engkau bersyukur lagi dan lagi…”
“orang
yang dekat dengan Allah, aktivitinya tidak pernah sia-sia. Di sebalik setiap
perbuatan ada ilmu, dalam ilmu ada niat dan bersama niat terkandung pahala…”
salam mujahadah
diri…
wallahua’lam..;-)
0 comments:
Post a Comment