Oleh: LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH ITECH SESI 2013/2014
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg
pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di
sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang,
lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama
orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau
mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara
berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya
kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat
atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan
mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan
kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup
di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan
anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak
peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan
daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik
seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
- Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau
Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita.
Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang
memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin
yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk
dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.
Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman
walaupun sekadar berjalan kaki.
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa
berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut
menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran
anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau
beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu
seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika
anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi
dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
- Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya
Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah
dan motivasi.
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda.
Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi
sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis
permainan yang mencabar minda.
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca
dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba
ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan
dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat
tersebut.
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu,
contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan
fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor
telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka
tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka
surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan
dan menajamkan daya ingatan.
Salam dakwah bersulam cinta kepadaNYA..
0 comments:
Post a Comment