Nilai Sebuah Kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
Adakah dinamakan kehidupan jika tiada gembira dan duka, jaya dan gagal, seronok dan sunyi, tenang dan gelisah serta apa jua rasa yang menyenangkan dan meresahkan kita?

   Tiada seorang insan pun yang terkecuali daripada rasa-rasa ini. Hatta seorang gila pun tetap melaluinya walaupun akalnya tidak lagi memberi respons yang normal terhadap rasa-rasa ini. Segala rasa inilah yang mewarnai insan jua kehidupannya. Segala rasa yang menyenangkan itu pada insan merupakan suatu kenikmatan. Segala rasa yang tidak menyenangkan itu pula suatu musibah.

   Namun, apalah gunanya gembira jika diri jauh dari Tuhan?  Apalah gunanya berjaya andai Tuhan membenci diri? Apalah gunanya berduka andai tidak ingat pada Tuhan? Apalah gunanya resah jika tidak kembali kepada Maha Pemberi yang memberi ketenangan?

   Nilai hidup ini secara tepatnya bergantung kepada soal siapa kita pada Tuhan. Walaupun pujian manusia menggunung tinggi tetapi di sisi Allah hina dan keji, tetap tiada gunanya. Sebaliknya andai seluruh manusia mencaci maki dan membuang kita ke tepi, tetapi pada Allah mulia dan terpuji, itulah nilai kehidupan yang paling tinggi. Tinggi rendah nilai hidup ini segalanya menurut penilaian Ilahi.

Begitulah firman Tuhan mengingatkan insan yang beriman;

    "Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah bersedih. Kamulah yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu beriman ."  (Surah ali Imran: 139)

   Allah menjelaskan kepada insan bahawa sesiapa yang mahukan diri dan hidupnya bernilai pada-Nya mestilah tetap beriman dalam apa jua keadaan; waima lemah mahupun sedih. Mendahulukan penilaian iman, itulah yang Allah ajarkan bukannya menurut rasa hati diri semata-mata. Manusia tidak akan mampu membunuh keutamaan ini dengan apa cara sekalipun.

   Saat ini,pilihan di tangan kita. Terpulang kepada kita sama ada mahukan kehidupan yang tinggi nilainya ataupun yang rendah sekali nilainya.

Wallahu'alam.


Oleh: Mohamad Hamiduddin Bin Ismail  | http://bicaramusafirv1.blogspot.com

Jalan Kehidupan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

Insan bebas menentukan jalan kehidupan yang selesa dan sesuai dengan fitrah dirinya. Namun jalan-jalan yang dipilih itu wajib tidak bertentangan dengan al-Quran dan asSunnah. Juga sudah menjadi sunnatullah, semakin dewasa insan itu semakin sukarlah jalan kehidupan yang perlu ditempuhinya. Semakin besar tanggungjawabnya dan bebanan yang perlu dipikul.

Namun, ramai insan rebah dalam mendepani realiti kehidupan ini. Begitulah Allah memilih hambaNya yang benar-benar beriman .Insan ditapis dengan ujian dan dugaan yang melanda, sama ada terus bertahan dan beriman ataupun berputus asa dan berhenti berusaha.

Bagi yang terus bertahan, masih ada ujian yang menanti. Kadangkalanya, kita ditentang dan dibenci diam-diam. Kadangkala kita dipuji dan dirai.Kadangkalanya ada insan yang berdendam dengan kita atau mungkin kita yang berdendam dengan insan lain.

Mengapa perlu menyimpan dendam? Maafkan dan cubalah untuk melupakan kesilapan insan. Sama ada insan sedar atau tidak dendam itu sebenarnya hanya merosakkan jiwa insan itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam buku 'Di Manakah Kesilapan Kita?'. Tatkala beliau mengupaskan topik 'Kemampuan umat Islam pada bilangan tidak berfungsi',katanya umat ramai tapi berpecah-pecah.Beliau menasihatkan agar mengutamakan Islam berbanding perasaan diri sendiri. Bersatu dan berganding bahulah dalam menggerakkan Islam. Kita tidak disuruh mencari luka dalam berjuang. Namun, adakah dikatakan berjuang jika tidak ada luka?

Inilah warna kehidupan. Namun, bukan interaksi insan lain yang menentukan siapa diri kita secara tepat, tetapi pandangan Allah sahajalah yang menentukan siapa kita. Apabila insan semakin menyedari hakikat ini, insan semakin tenang dan redha dengan dugaan yang mendatang.

"Apakah manusia mengira akan dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka belum diuji? " (Surah al-'Ankabut:2)

 Wallahu'alam.

Oleh: Mohamad Hamiduddin Bin Ismail | http://bicaramusafirv1.blogspot.com |http://untukmuummat.blogspot.com

Adakah Kita Terlalu Taksub ?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt buat kalian. semoga sentiasa sihat di bawah naunganNYA. Insyaallah, penulis ingin berbicara tentang TAKSUB. Dikalangan kita berbeza-beza taksubnya. Samaada taksub kepada pemimpin, taksub kepada artis, taksub kepada sesuatu barang, taksub kepada makanan, taksub kepada hiburan, taksub kepada politik, taksub kepada internet, taksub kepada blog, taksub kepada komputer dan banyak lagi jenis taksub. Disini suka penulis menyatakan taksub memberi makna fanatik, tegar terhadap sesuatu perkara. Taksub boleh memberi impak kepada kita samaada ke arah kebaikan atau ke arah keburukan.

Pandangan dari segi kebaikan
dari segi kebaikan, ia memberi kekuatan kepada seseorang untuk melakukan sebarang tindakan. mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mencapai matlamat. Memandangkan negara kita kecoh dengan isu-isu politik, saya mengambil ia sebagai contoh. walau apa pun yang berlaku dalam pertubuhan parti tersebut, sedikit pun tidak mengugat kesetiannya. Mereka tidak akan berganjak dari menyokong parti tersebut. Inilah yang dinamakan kesetiaan. Kebiasaannya golongan ini tidak mengharapkan balasan. Mereka melakukan dengan rela hati.

Pandangan dari segi keburukan
dari segi keburukan boleh menyebabkan pemikiran seseorang tertutup, cetek, terkongkong, keras kepala dan tidak berfikiran jauh. Kebiasaanya golongan ini tidak akan mendengar pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut memang benar. Mereka akan tetap dengan kepercayaannya walaupun apa yang dipercayainya adalah salah. Saya mengambil contoh ketaksuban seseorang terhadap seseorang yang diminatinya. Walaupun orang yang diminati itu melakukan kesalahan, pada pandangan matanya orang itu tetap benar. Dalam bangsa melayu di panggil "bodoh sombang". Kalau dahulu ada isu suami isteri bertengkar di sebabkan fahaman politik yang berbeza. Ini adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Pandangan penulis, kita tidak sepatutnya terlalu taksub. Allah SWT mengurniakan kita akal fikiran untuk berfikir. Fikirlah berlandaskan akal fikiran bukan berlandaskan nafsu. Salah tetap salah, benar tetap benar. Jika kita buntu dalam sesuatu masalah, pohonlah hidayat dariNYA. Hanya satu fanatik yang boleh diterima iaitu fanatik kepada agama islam. Cukuplah setakat ini coretan saya, apa yang ditulis hanya pandangan peribadi penulis. Mungkin saudara saudari mempunyai pandangan yang tersendiri. Insyaallah ilmu yang ada kita kongsi bersama ! Wallahua'lam

Oleh : Nur Nusrah Binti Othman
http://cintadearcomel.blogspot.com


MENGELAK SALAM BUKAN MAHRAM..

Assalamualaikum dan salam perjuangan..Alhamdulillah,Allah masih menemukan kita semua dalam laman ilmu ini.Selamat membaca.Moga dapat manfaat darinya.

____________________________________________________________

SITUASI::


Saudara bukan mahram hulur tangan nak salam..Saudara tu dah berusia,kita dah anggap macam mak atau ayah kita dah..Boleh ke kita salam??Satu lagi,situasi camne yang membolehkan kita bersalaman dengan orang bukan muhrim,kerana ada yang menyatakan bahawa kita harus menyambut salam seseorang jika keadaan itu akan memalukan dirinya.
____________________________________________________________

CORETAN PENULIS::

Sebelum kita membuka sesi ini,sudilah penulis membawakan beberapa hadis nabi yang jelas menunjukkan larangan bersalaman antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang sebab yang mendesak.Tak kira lah orang itu dianggap seperti ayah atau ibu,berusia atau tidak.So,yok kita baca dan fahami pesanan Rasulullah S.A.W dalam hal ni..

Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan." (Hadis riwayat Ibnu Hibban, Malik & Nasa'i) 

Rasulullah SAW juga bersabda: "Tidak pernah aku menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya)." (Hadis riwayat at-Thabrami & al-Baihaqi,Sahih)

Majoriti Ulama silam dan kontemporari berpandangan ia adalah haram kerana tergolong dalam perilaku yang boleh membawa kepada zina.Islam tidak melarang sesuatu perkara melainkan ada hikmah kepadanya.


Sebahagian kecil ulama pula,khususnya ulama kontemporari berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita diharuskan dengan memenuhi semua syarat berikut::-

  • Dilakukan tanpa syahwat
  • Tidak mendatangkan fitnah kepada dirinya dan orang yang berjabat tangan dengannya.
  • Tidak membawa mudarat kepada reputasi agama yang dipegangnya di mata khalayak khususnya pengikut dan muridnya.
  • Dimulakan oleh orang lain (Contohnya:wanita bukan islam menghulurkan tangan di tempat awam yang jika tidak disambut boleh mengaibkannya)
  • Dilakukan oleh individu berumur dan tidak mudah menaikkan syahwat,secara normalnya seperti individu berusia 70 tahun ke atas dan beberapa syarat lagi.
  • Tangan dihulur oleh kaum kerabat atau keluarga yang belum cukup faham berkenaan hukum.

Namun harus diingat, mereka yang mem'boleh'kan bersalaman antara lelaki dan wanita ini telah meletakkan syarat2 dan bukannya dibolehkan secara umum.Ini kerana dalam kehidupan hari ini,terkadang kita berhadapan dengan situasi orang berlainan jantina menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Sering juga kita hadapi situasi di mana kita secara ‘tradisinya’ perlu untuk berjabat (atau bersalaman) dengan golongan bukan mahram. Contohnya seperti :
1. Bila menerima sijil atau anugerah, penyampai anugerah itu menghulurkan tangan.
2. Bila kita melawat rumah orang,tuan rumah menghulurkan tangan.
3. Bila tetamu datang, dan dia menghulurkan tangan.
Dalam semua kes, kita menghadapi dilema apabila orang yang bukan mahram menghulurkan tangan untuk berjabat. Kita mesti terfikir “alamak!knape dia hulur ni”, dan kita perlu membuat dua keputusan samada mahu salam untuk menyenangkan hati dia, atau enggan salam untuk menjaga hubungan dengan Allah azza wa Jalla. Tetapi jangan pula kita yang hulur tangan!!
Secara jelas,hukum telah menunjukkan bahawa selagi ianya tidak mendesak,maka kita perlu elakkan.Justeru itu,saya ada sedikit tips yang mungkin boleh diguna pakai untuk mengelakkan kita berjabat tangan dengan insan2 bukan mahram ni..InsyaAllah..
  • Apabila mendekati tetamu, letakkan tangan di belakang anda. Ini merupakan signal pertama bahawasanya kita tidak mahu bersalam.
  • Tetapi,jika dia tetap hulur, katakan kepadanya tangan kita kotor atau mempunyai wuduk.
  • Sebaiknya,bagi mereka yang berkemampuan,bolehlah memakai sarung tangan agar tidak berlaku banyak sentuhan yang terlarang..Kalau baju berlengan panjang, mungkin boleh tarik dan panjangkan lengan baju/sarung lengan bagi muslimah jika keadaan terlalu terdesak..


Ini merupakan beberapa langkah untuk mengelakkan berjabat tangan secara BERHIKMAH. Tetapi kalau anda seorang yang sangat berani menegakkan agama, boleh juga elak jabat+dakwah dia terus. “Maaf tuan/puan, HARAM!”


________________________



InsyaAllah..hanya ini yang mampu penulis kongsikan..Jika anda ada info lain,Silalah tinggalkan komen anda untuk menegur coretan penulis dan berkongsi ilmu..Wallahu'alam.

________________________
Tulusly,         
Syukriah Mat Yatya,
9 Mei 2012,


MINUM pun ada caranya

Bismillahhirahmanirahim, Assalamualaikum wbt para reader sekalian.Di harap semuanya sihat di bawah nauganNYA. Entry kali ini suka untuk saya berkongsi tentang cara , atau tatacara minum.Ia memang ianya nampak mudah dan ringkas, tetapi bila melihat kembali kepada fenomena zaman sekarang , kebanyakkan dari kita sukar untuk mengikuti apa yang telah di gariskan.

Sebagaimana kita tahu , MINUM air merupakan amalan yang sangat penting untuk badan kita.Dalam satu hari kita minum air sebanyak 8 hingga 15 kali sehari,bergantung pada keperluan badan kita. Orang yang aktif bersukan akan minum air dengan lebih kerap berbanding orang yang tidak aktif.


"Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada kita satu prinsip yang sangat penting ketika minum,iaitu tidak bernafas ketika minum atau dalam kata lain tidak bernafas dalam bekas minuman."

Sesungguhnya Islam merupakan satu agama yang holistik (menyeluruh). Islam memberi panduan kepada setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian .Jika amalan yang lebih jarang dilakukan seperti tidur diberi panduan oleh Islam, tentu sekali amalan yang kerap dilakukan seperti minum air juga diberi panduan oleh islam untuk kita amalkan.

Etika ketika minum telah diajar oleh Rasullulah kepada kita.Antaranya hadis yang menyebut etika minum Rasulullah s.a.w ialah :

1 ) Daripada Ibn Abbas r.a,dia berkata : "Sesungguhnya Rasulullah melarang untuk bernafas atau meniup ke dalam bekas minuman." (Riwayat al-Tarmizi )

2 ) Daripada Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Jika kamu minum, janganlah bernafas di dalam bekas air minumannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

3 ) Daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata : "ketika Rasulullah s.a.w minum , Baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman sebanyak tiga kali.Dan Baginda bersabda, maksudnya : 'Hal itu lebh segar, lebih sedap dan lebih nikmat'.Anas mengatakan : 'Oleh sebab itu,ketika aku minum,aku meneguk sebanyak tiga kali."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Daripada hadis-hadis di atas jelaslah kita bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita satu prinsip yang sangat penting ketika minum, iaitu tidak bernafas ketika minum, atau dalam kata lain tidak bernafas di dalam bekas minuman.Ini merupakan satu ajaran yang mengandungi nilai etika yang begitu tinggi .Apabila dikaji dengan teliti, adab minum yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan cara yang terbaik bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita.

1) Para ulama berkata : "Larangan bernafas di dalam bekas minuman itu sama seperti larangan meniup makanan dan minum (yang panas agar cepat sejuk).Hal ini dikhuatiri kerana air liur yang menitis masuk ke dalam minuman atau makan tersebut membuatkan orang yang ingin mengunakan bekas yang sama menjadi jijik dan kotor."

2) Imam al-Qurtubi menjelaskan "maksud larangan bernafas di dalam bekas minuman itu ialah supaya jangan sampai mengotorinya kerana air liur ataupun aroma tidak sedap yang melekat atau menempel pada bekas tersebut."

3) Nafas yang dihembus mengandungi gas karbon dioksida yang tinggi dan juga bakteria-bakteria atau virus-virus daripada rongga hidung dan kerongkong.Apatah lagi jika seseorang itu sedang menghidap selsema atau demam influenza.Kuman-kuman tersebut boleh membiak dengan cepat di dalam bekas minuman yang berisi air tersebut dan menyebabkan air itu tidak tahan lama.Jika diminum ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga sakit perut.

4) Minum sambil bernafas (menyedut dan menghembus udara ) menyebabkan salur air dan udara bercampur dan boleh menyebabkan sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru-paru.

Selain tidak bernafas semasa minum, masih terdapat banyak lagi etika yang di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika minum seperti membaca basmalah, minum menggunakan tangan kanan dan juga minum dalam keadaan duduk.

Ayuh sahabat-sahabat sama-samalah kita mengamalkan sunnah ini untuk mendapatkan keberkatan daripada setiap titik air yang masuk dalam tubuh badan kita.Sekian dari saya.Wallahuaklam,Ma'Assalam wa ilaliqa.

Ditulis oleh : MUtiaRa iLahi
hafirahmunirahberkate.blogspot.com

Impak Telefon Bimbit = Secawan Kopi??


Oleh : Aferatul Abidah Binti Azuddin@Adzli   http://syahadatulhaq.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim,

                Assalamualaikum wbt buat semua para hati yang sedang membaca entry ini… moga kalian semua sentiasa dalam nikmat kesihatan yang baik dan bersyukurlah kepada-Nya... pada entry kali ini, sudilah penulis berkongsi ilmu mengenai kesihatan..

Kehidupan kita pasti tidak akan lengkap tanpa telefon bimbit… setiap dari kita pasti punya tujuan tersendiri akan penggunaan telefon bimbit sama ada untuk memudahkan urusan kerja, memperolehi maklumat dan sebagainya…

Jujur penulis katakan, tiada had umur bagi generasi hari ini untuk memiliki telefon bimbit sendiri.. hatta kanak-kanak yang berusia setahun pun turut memiliki telefon bimbit sama ada berjenama Angry bird, Ben 10, Barbie dan sebagainya… hebat bukan generasi kita?? ^__^

Tetapi, sedarkah kalian tentang kebaikan dan keburukan telefon bimbit?? Sebenarnya, setiap peralatan teknologi punya kebaikan dan keburukannya yang tersendiri…hingga ke hari ini, isu kesan negatif penggunaan produk yang membebaskan gelombang elektromagnet terutamanya telefon bimbit tidak pernah surut sebaliknya menjadi semakin kronik. Tahukah anda penggunaan telefon bimbit selama 30 minit, kesannya sama dengan bahaya minum kopi atau terdedah kepada asap kimpalan?? Bahaya bukan?? Siapa sangka kerana kenyataan ini bukan main-main sebaliknya ia dibuktikan  daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagi penulis, penulis suka dengan kenyataan Prof. Dr. Mohd Zarar Mohd Jenu, Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kata beliau, “perkara paling penting dalam penggunaan alatan teknologi ini ialah kita tahu cara mengendalikannya”.. tambah beliau lagi, “bahaya atau tidak bergantung kepada tahap kuasa yang dipancarkan dan tempoh pendedahan. Dalam konteks ini antenna pemancar, ketuhar gelombang mikro yang bocor dan penggunaan telefon bimbit dalam tempoh yang lama adalah paling bahaya…”. jadi, konklusi terbaik adalah dengan menjaga JARAK..  pendapat beliau, dengan menggandakan jarak daripada peralatan tersebut dapat mengurangkan kuasa sebanyak empat kali ganda…”

selain itu, terdapat beberapa tips lain yang dapat kita praktikkan dalam menghindari bahaya penggunaan telefon bimbit… sama-sama kita amalkan insyaAllah;

1.AKTIFKAN SPEAKER
Menggunakan speaker saat berbual akan mengurangkan tenaga atau tingkat kekuatan radiasi telefon bimbit. Semakin jauh jarak anda dari telefon bimbit, semakin rendah signalnya..

2. PILIH UNTUK SMS
Pilihlah untuk menggunakan kaedah sms berbanding membuat panggilan kerana diyakini mengirim teks dapat membantu membatasi durasi paparan radiasi. Namun dinasihatkan untuk tidak bersms melebihi 15 minit dikhuatiri membawa kepada penyakit sendi.

3.PILIH “oofline” MODE
Pilih untuk terus matikan telefon bimbit apabila anda tidak ingin menggunakannya ataupun biarkan ia berada di kedudukan flight mode kerana ini akan mematikan transmitternya.

4.BERALIH TELINGA
Jika anda terpaksa menggunakan telefon bimbit dalam tempoh yang panjang, biasakan untuk bertukar-tukar telinga dalam erti kata lain gunakan kedua- dua belah telinga. Hal ini menurut Dr. Gittleman, ia mencegah meningkatkan risiko tumor otak dan kanser kelenjar pada telinga yang sering digunakan.

5.HINDARI RUANG SEMPIT
Hindari juga penggunaan telefon bimbit apabila berada di ruang yang sempit seperti semasa berada di dalam lif ataupun kenderaan kerana ia menggunakan tenaga yang besar untuk menembusi dinding yang ada.

6.PERHATIKAN SIGNALNYA
Jangan menggunakan telefon bimbit ketika signalnya lemah, atau semasa anda sedang menggunakan kenderaan yang bergerak pantas seperti kereta api kerana ini secara automatik akan memicu kekuatan signal hingga ke paras maksimum.

7.HADKAN PENGGUNAANYA
Biasakan diri tidak bercakap di telefon dengan terlalu lama. Jika anda suka berbual dengan lebih lama, pilih untuk menggunakan telefon rumah kerana itu jauh lebih selamat…. 

8.KURANGKAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
Telefon pintar seperti BlackBerry dan iPhone menghasilkan radiasi yang lebih tinggi daripada telefon bimbit biasa.. pada penulis, kalau boleh bersederhanalah dan belilah telefon bimbit yang dapat  menerima panggilan dan menghantar pesanan ringkas (sms) pun sudah memadai. Namun, ikutlah kemampuan masing2….

9.JAUHKAN TELEFON BIMBIT KETIKA BELUM DIHUBUNGKAN
Bagaimana caranya?? Tekan dahulu nombor yang hendak dihubungi dan sebelum talian disambungkan, jauhkan dahulu telefon bimbit dari telinga anda. Ini kerana pada saat itu telefon bimbit sedang berusaha berhubung dan sedang mengirimkan signalnya yang terkuat. Bahaya bukan??

10.ELAKKAN MENYIMPAN TELEFON BIMBIT DIDALAM POKET
Dalam suatu penelitian, ditemukan bahawa lelaki yang kerap menyimpan telefon bimbit dalam poket cenderung memiliki jumlah sperma yang 25 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kelompok lelaki  yang tidak melakukannya. Setiap bahagian tubuh dikatakan menyerap radiasi pada intensiti yang berbeza dan jaringan testikular dikatakan berkemungkinan lebih mudah diserang.

11.JANGAN TIDUR BERSAMA TELEFON BIMBIT
Ramai dikalangan kita menjadikan telefon bimbit sebagai fungsi alarm.. benar bukan?? Termasuklah penulis sendiri turut melakukannya. Namun diingatkan, jangan pula hingga anda meletakkan telefon bimbit berhampiran dengan posisi kepala anda kerana medan elektromagnet akan mengurangi produksi melatonin pada tubuh hingga menyebabkan kerosakan DNA.

12.ELAKKAN PENGGUNAAN DI GIM
Elakkan menggunakan telefon bimbit di gimnasium kerana kawasan tersebut dikelilingi dengan besi dan ia berada di dalam satu ruang.
-----------------------------------------------------------------------
                       Dari penulis, jagalah nikmat kesihatan yang diberi oleh-Nya dengan sebaiknya… jangan kerana dek terlalu belajar mahupun bekerja sehingga kita lupa akan kesihatan kita yang harus dijaga… dan nasihat penulis buat diri penulis dan semua para hati yang sedang membaca entri kali ini, tambahlah pengetahuan dalam dirimu dengan membaca apa sahaja ilmu selagi mana ilmu itu tidak lari dari syariat Islam kerana dengan ilmu yang kita milikilah, kita dapat menolak segala ideologi-ideologi  pemikiran dari Barat yang cuba untuk menghancurkan umat Islam pada hari ini……  manfaatkanlah juga penggunaan teknologi hari ini sama ada laman mukabuku, blog, twitter, skype dan sebagainya  dengan sebaik mungkin untuk membantu Islam.. jika kita tidak bantu Islam, siapa  lagi??

Tidak lupa juga kepada diri yang sedang berkata-kata ini dan insan2  penulis kasihi yang dimuliakan menjadi  wanita, jagalah suaramu ketika berbicara di telefon bimbit dengan insan yang bergelar ajnabi bagimu kerana khuatir dirimu kelak akan menjadi fitnah runtuhnya iman dalam diri mereka yang bergelar pemuda harapan Islam… juga kepada insan2 yang dimuliakan menjadi seorang pemuda, gunakanlah telefon bimbit dengan sebaik mungkin.. usah menjadikannya sebagai medium untukmu menyibukkan diri mengisi masa lapang dengan menambah kenalan dalam kalangan yang berlainan jantina mahupun sekadar ingin menguji… ingatlah, dirimulah yang bakal menjadi seorang Imam kelak dan bagaimana Imam itu andaikata ilmu didadanya hanya setaraf pelajar sekolah rendah?? Mampukah ia memimpin makmumnya kelak?? Jadi, manfaatkanlah masa lapangmu  dengan melakukan aktiviti yang jauh lebih berfaedah berbanding ber “sms” yang hanya tiada apa2 tujuan yang munasabah… muhasabah buat diri kita bersama…

                    Akhir kalam,  moga2 entri  kali ini memberi manfaat buat semua yang penulis kasihi kerana-Nya… beringatlah selalu bahawa, “mencegah itu lebih baik daripada mengubati…”

Berkata Hasan al-Basri; “setiap kali engkau bersyukur kepada Allah, engkau akan diberi kurnia yang mengharuskan engkau bersyukur lagi dan lagi…”

“orang yang dekat dengan Allah, aktivitinya tidak pernah sia-sia. Di sebalik setiap perbuatan ada ilmu, dalam ilmu ada niat dan bersama niat terkandung pahala…”

salam mujahadah diri…

wallahua’lam..;-)

Islamic Ideologies and Muslim Functionalities


     Every idealism comes out for a reason and for something to be achieved.  Some of them are realistic and others are just a rhetoric. In humanity history, there are an abundant of ideologies that are tried to be implemented to a society or a community in order to gain what the thinker of ideology wants.  For sure, some of them succeed while some of them failed to shape a community with their ideology. For instance, Karl Max already succeed to implement some of his ideology in Das Capital into our daily life and the reality is we live in this capitalism system or in a simple word, we live in his ‘mind’ !

      The same thing goes for Islam, Islam has it’s own ideology but Islam is more than an ideology. It is not the Prophet Muhammad’s ideology, it is about something that everything from Allah. It is a system of life, a school of thought, a kind of approachment to human being, and the most paramount thing is it is a supreme gift from God (Allah). Yes, it is a supreme gift from God!

      Islam only will be seen as a supreme gift when three functionalities of a Muslim are obeyed. The three functionalities are ‘ibadullah (servant),da’ei ilallah(preacher) and khalifatullah(caliph). These triple-bonded functionalities are compulsory to be related to each other and integrated.

‘Ibadullah - Servant

In the noble Quran, Allah Subhanahu Wa Ta’ala said:

“And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.”
                                                                                         (Chapter ad-Dzariyat: Verse 56 )
     
         
This verse figures out a vital responsibility to us as a servant. It’s about how to be a real devotee of the Almighty, to have full obedient to what He ask to do and not to , being humble, enslaving to Allah with full-hearted, and realizing that ourselves are ‘legal property’ of Allah and excessively dependent upon Allah. 

The first step to be an ‘Ibadullah is enslaving to Allah with full-hearted which means done something with great enthusiasm and commitment for Allah and full of sincere and feeling. Then, the other step will come by itself and we will simply face the step if Allah will.

Da’ei ilallah - Preacher

In chapter Ali-Imran, in verse 110, Allah clearly mentioned regarding who is the best faction among whole mankind,

“You are the best faction produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah . If only the People of the Scripture(ahlul kitab) had believed, it would have been better for them. Among them are believers, but most of them are defiantly disobedient.”


There are some phrases that must be highlighted , ‘best faction’-khaira ummah , ‘enjoin what is right’- takmuruna bil makruf, and ‘forbid what is wrong’-tanhauna ‘anil munkar.  From these phrases, we able to understand that we only become the best faction if we perform these two obligations; ‘enjoin what is right’ and ‘forbid what is wrong’.  Imam al-Qurtubi (died 671hijrah) who is a great Quran interpreter (mufassirin) explained that Allah makes these obligations as a separator between the real believers(mukminun) and hypocrite believers(munafiqun).

The lesson from the second functionality of a Muslim is we have to enjoin what is right and forbid what is wrong because this is the determinator either we are a real Muslim or Munafiq.

Khalifatullah - Caliph

A caliph is a person that responsibles in making Islam as the only way of life and the only system of thought in entire aspects of life. These aspects are not merely on ritual worship, but they include economy, education, sociology, medication, politic and others.

And when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority.
( Chapter al-Baqarah: Verse 30)

We have been created and opted by Allah to be a leader and a successive authority. The reason for why we have to take this responsibility is to prove our believe that Allah is the Most Wise, surely when He put trust on us to take the responsibilities, He know that we can do it. Surely, we are the best choice to be a caliph upon the earth.

Last but not least, the three functionalities of a Muslim must be worked together in the same time. By hook or by crook every Muslim must try their best to fulfill the responsibilities as ‘ibadullah, da’ei ilallah and khalifatullah.  Let’s become the real Muslim.  May Allah blesses us in our ilfe. Insya-Allah.




By:Mohamad Hamiduddin Bin Ismail | http://bicaramusafirv1.blogspot.com

Salah Nilai Maka Salah Faham

Oleh : Mohamad Hamiduddin bin Ismail | http://bicaramusafirv1.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim

Seorang sahabat berada di sisi penulis tatkala penulis sedang menyuarakan sedikit ulasan berkaitan fitrah insan iaitu 'cinta dan nikah' di laman Muka Buku. Namun, setelah beberapa jam selepas itu sahabat saya itu bertanya kehairanan,

"Aku peliklah dengan kau ni, kau tulis benda lain padahal kau fikir benda lain...".

"Apa yang peliknya, biasalah tu... bukan ke kalau dalam kuliah ini situasi biasa? ", saya bertanya sekadar ingin melihat apa respon sahabat itu.

"Kuliah lain,kuliah tu sebab mengantuk... tapi kau ni otak tengah fresh pun tangan boleh tulis topik lain sedangkan otak kau tengah fikir topik lain..." , respon sahabat saya ketika saya sedang membaca hujah ilmiah Encik Rafizi Ramli berkenaan 'Tuntutan Mansuh PTPTN' dan Bersih 3.0. Kemas hujahnya, tanpa mainan emosi.

"Biasalah... kita ni tak semestinya perlu fikirkan satu-satu perkara dalam satu masa , kalau kita mampu fikirkanlah banyak perkara dalam satu masa, itukan memang kekuatan yang perlu ada pada setiap individu muslim? "

"Yalah... betullah tu memang satu 'added value' kalau mampu fikirkan banyak perkara dalam satu masa. Tapi kau tak bimbang ke orang kata selalunya apa yang kita tulis,suarakan, itu semua menunjukkan apa yang sebenarnya kita fikirkan? " , sahabat saya membawa satu persoalan baru.

" Alah..biasalah tu manusia. Apa yang kita buat mestilah akan ada orang yang perhatikan dan menilai. Tapi mereka bukannya 24jam bersama kita dan tahu apa yang kita lakukan dan fikirkan. Cukuplah kita sampaikan kebenaran Islam. Kalau nak dinilai dengan hanya sekilas tulisan dan ucapan, pasti ramai sudah yang jadi baik,siap boleh jadi pendakwah lagi, cuba kau tengok dalam Facebook tu berapa ramai bagi tazkirah, kongsi ilmu, lantang memberi pendapat tetapi apabila kembali kepada realiti kehidupan pasif je kan? ", saya memberi respons dengan niat menjelaskan.

"Memang ramai macam tu pun. Tapi tak salah kan? Cumanya... entahlah aku terfikir ke tahap manalah Islam mampu dibawa jika masih dengan budaya pasif macam tu.." ,giliran dia pula memberi pendapat.

"Ya tak salah,jangan halang sama sekali.Cara itu juga boleh jadi titik permulaan untuk bina peribadi muslim, tapi tak samalah dengan yang melalui pembinaan peribadi di alam realiti ni...", saya cuba melihatkan kepada sahabat itu betapa Islam ini sebenarnya bergerak di alam realiti.

" Habis tu macam mana nak nilai apa yang seseorang itu fikirkan ? ", dia kembali bertanya.

" Nilailah apa yang zahirnya sahaja, itupun kita kena ingat,apa yang kita nilai itu dalam keadaan 50% betul dan 50% salah. Jika salah menilai, jadilah salah...",saya mula bercakap soal konsep walaupun saya cuba elak sebenarnya kerana tidak semua orang mampu memahami konsep,kebanyakannya faham melalui contoh.

" Oh..aku faham dah sikit-sikit tentang tu.Tapi, kadang-kadang aku hairan juga tengok orang yang baru kenal tapi boleh saling memahami..", dia menyuarakan kehairanannya dengan kepelbagaian kehidupan ini.

" Ermm...apa yang kau maksudkan sebenarnya? Aku tak berapa faham..", saya berterus terang.

"Macam ni, apabila kita nak saling memahami kita kena saling ada penilaian yang betul kan, barulah persefahaman itu terbentuk..aku cuma hairan lihat orang-orang yang mulanya selalu gaduh,lepas suatu tempoh diorang boleh pula saling bersefahaman.. ", dia menjelaskan kepada saya yang agak perlahan dalam berfikir.

" A'aa biasalah tu mesti saling ada penilaian yang betul terhadap satu sama lain baru senang bina persefahaman. Mungkin mulanya si A menilai si B begini, dan si B menilai si A begitu tapi sebenarnya tidak. Apabila masing-masing sedar mereka salah menilai daripada situlah persefahaman mula dibentuk....mereka kongsi nilai, "saya menyokong pendapat sahabat saya itu.

"Tapi kan..orang yang 'faham' Islam ni mereka lebih cepat bina persefahaman, jiwa mereka dekat...sebab nilai yang mereka kongsi ialah nilai agama, kadang-kadang tu first time jumpa dekat traffic light siap boleh bertanya nama dan bersalaman lagi,padahal bukan kenal pun. Ada juga kadang-kadang tu jalan sebelah dan tengok gaya jalan pun dah boleh rasa ni orang yang 'faham' agama..", saya berkongsi ketakjuban terhadap kehebatan aturan Allah.

"Baru aku sedar memang lelaki ada 9 akal 1 nafsu dan perempuan ada 1 akal 9 nafsu...",sahabat itu tidak semena-mena membuka persoalan baru, saya juga tidak pasti apa pula yang dia fikirkan.

" Ermm...apa kau fikir? Tentang 9 akal 1 nafsu tu tak benar sebenarnya tu. Memanglah lelaki lebih kuat mindanya jika digunakan dengan betul dan perempuan fitrahnya mudah dipengaruhi emosi tetapi tak adalah sampai 1 nisbah 9 atau 9 nisbah 1, itu teruk sangat tu. Cuba kau baca penjelasan Dr. Basit Abdul Rahman tentang hal ni.." , saya membukakan untuknya laman web Dr. Basit(http://www.abuanasmadani.com/?p=1183).

Tiba-tiba sahaja suasana menjadi diam, saya terdiam dan dia pun terdiam.Hanya kedengaran bunyi kipas. Lantas, kami berdua tiba-tiba terketawa dan saling berpandangan.

"Kau dengar apa yang aku dengar ? ", sahabat saya bertanya sambil menahan ketawa.

"Confirmlah aku dengar... mesti kau fikir aku fikir nak makan dari tadi kan? ", saya menduga apa yang sahabat saya itu fikirkan kerana sebenarnya perut saya yang berbunyi.

"Perut kau nyanyi lagu apa tadi tu? ", soal sahabat saya sambil masih menahan ketawa tanpa menjawab soalan yang saya tanya.

"Perut aku tak nyanyilah...perut aku baca doa makan dah...jom..jom pergi makan, aku dah lapar nih..".

Perbincangan spontan kami terlerai begitu sahaja tanpa sempat meletakkan kata kesimpulan kepada sembang-sembang santai itu. Kini, terpulanglah kepada pembaca untuk meletakkan kesimpulan.Lazimilah perbincangan ilmiah dan jangan sehingga terlupa makan. Wallahu'alam.

Kau sindir aku?

Oleh: Mohamad Hamiduddin Bin Ismail | http://bicaramusafirv1.blogspot.com

  "Bagaimana agaknya keadaan negara kita apabila tiada lagi generasi yang mahu memimpin. Yang TUAN sekarang hanya tahu dipimpin, itupun masih tidak tahu mendengar kata pemimpin.."


"Memimpin itu bukanlah perkara yang mudah. Banyak kekangan dan halangan perlu ditempuh. Setiap tindakan kita pasti akan ada sokongan dan tentangan. Kalau jasad dan minda tak bersedia, silap-silap hari bulan satu kepimpinan boleh roboh begitu sahaja", aku mengingatkan.

"Maksud kau generasi muda tak layak memimpin Malaysia ? "

"Bukan begitu, maksud aku mereka perlu benar-benar matang dan berilmu untuk mentadbir negara 'Islam' Malaysia ini.."

" Jadi, yang kau maksudkan ialah mereka tak mampu memimpin negara. Begitu?"



"Kedua-duanya bukan. Ya jika mereka tak bersiap siaga tetapi jika mereka sedia bila-bila sahaja pemimpin sekarang boleh menyerah amanah . Memimpin itu ada syaratnya."


" Syarat? Apa syaratnya? "


" Yang paling utama ialah dia perlulah berilmu. Tak perlulah aku beritahu ilmu apa yang paling utama. Pernah kau dengar pepatah ni- When you stop reading, you stop leading. Maksudnya kalau nak jadi pemimpin perlulah mencintai ilmu kalau tidak terhentilah kepemimpinan walaupun masih belum tamat tempoh memimpin", aku  cuba menjelaskan apa yang termampu.



" Sebenarnya aku pernah terfikir untuk menjadi pemimpin negara. Aku mahu wacanakan sebuah perubahan dalam ketamadunan insan dan tranformasi corak pemikiran ummah. Aku juga merancang untuk menggunakan semula sistem dinar emas dan sistem syura pada peringkat pentadbiran pusat. Bermula hari pertama aku memimpin, aku akan adakan mesyuarat perdana untuk menyelaraskan pemerintahan yang telah lama songsang. Kebajikan dan subsidi kepada rakyat akan aku kembalikan semula. Aku akan ubah sistem kuku besi ini!"


" Untungnya aku kalau negara kita dipimpin oleh kau", balas aku selamba.


" Kau puji atau sindir?"


" Entahlah, cuma aku nak ingatkan kau, kita perlu berpijak pada bumi nyata. Angan-angan itu membuahkan cita. Cita pula menyemai rasa. Rasa pula menggerak asa. Dengan asa yang sepenuhnya dan tawakal pada Yang Maha Esa barulah kita dapat melakukan perubahan ini. Kau tahu jika kau mahu merencanakan sebuah perubahan apa perkara pertama yang perlu kau ubah?"



" Emm... pemikiran masyarakatlah kerana minda yang menguasai diri".



" Bukan, diri kau sendiri yang perlu kau ubah. Baik, aku terus terang. Aku kagumi semangat kau, sungguh murni. Namun, tanpa usaha yang konsisten segalanya hancus. Kau hanya berangan-angan. Kesannya, tak ada perubahan pun yang mampu kau lakukan. Aku lihat kau berjalan ke arah aku tadi. Kasut kau mengesot lantai. Langsung tak ada penampilan. Maaf jika aku terkasar bicara tetapi kerana kau saudaraku maka aku mesti tegur. Sedar atau tidak engkau membawa imej agama, imej Muhammad yang dirindui. Kau juga terlalu banyak tidur, sedang ummah bergelut dalam kecelaruan fahaman di luar sana. Kau akan kecewa di hari tua jika engkau terus berangan tanpa tindakan. Tanpa tindakan segalanya sia-sia saudaraku."


" Hmm... engkau orang pertama yang berkata begini kepada aku."


" Sekali lagi aku minta maaf jika aku terlalu berterus terang. Aku harap kau boleh menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka. Aku juga melakukan kesilapan. Biar pada bicara mahupun perbuatan, pasti ada yang tersalah. Jika kau sedar tadi aku telah melakukan kesilapan pada bicara. Aku sindir kau. Kesannya, kau sedikit membentak dan marah. Kemudian aku berterus terang dengan ikhlas dan kasih sayang, kau boleh menerimanya. Itulah hikmah dalam bicara. Jika kita bijak menganalisis suasana, pasti ada ilmu yang dapat kita timba. Ilmu di mana-mana, bukan hanya di dalam kelas dan kuliah. Aku saudaramu.Ingat, kau mampu merubah hanya jika kau berubah! "

Pemerintahan negara Islam sepatutnya berpusat di Rumah ALLAH.

 Inilah dia bicara penulis dengan seorang sahabat yang dicintai. Duhai sahabat, Demi ALLAH, aku mengasihimu. Sekian lama berjuang bersama, kau kulihat kian alpa dengan keseronokan berhujah.Ingatlah, setiap kelebihan itu datang dengan tanggungjawab.



Bicara Musafir:

-Ya Allah, jauhkanlah aku daripada alpa mengingatiMU
-Sebenarnya artikel ini diambil daripada blog lama Bicara Musafir yang telah ditutup[http://alcarboniy.blogspot.com]
-Sering kali yang ubat itu pahit rasanya, maka terimalah hakikat ini
-Berdoalah supaya Allah menjadikan kita generasi yang bukan sahaja mampu berbicara tentang perubahan malah mampu melaksanakan perubahan yang diperkatakan

Wallahu'alam.

Pandangan Berkaitan Lagu,Song & Nasyid

Oleh: Muhamad Suhaib b Ahmad Zahir  | http://destinasibaru.blogspot.com/

Bertemu kembali..

   Alhamdulillah, seperti biasa kita merasai kesyukuran pada-Nya dengan sepenuh jiwa dan raga. Apa tidaknya, dengan izin Dialah kita dapat menghirup udara nyawa sebagai punca kita mendapat oksigen untuk meneruskan kehidupan di muka bumi-Nya, bukan?

   Teringat saya, ada satu pepatah berbunyi, "sibukkanlah diri kamu dengan kebaikan, jika tidak kemungkaran/kemaksiatan akan menyibukkan kamu". Jadi, sama-samalah kita mengatur dan menyusun hari kita dengan manfaatkan masa yang ada.

   InsyaAllah, kali ini saya cuba untuk berkongsi berkenaan dengan hukum, pandangan ulamak tersohor berkaitan dengan muzik. Ya. Saya sebenarnya suka mengkaji berkaitan pandangan dari ulamak berkaitan fiqh kotemporari. Tambah-tambah berkaitan dengan sesuatu yang tidak dapat asing daripada kehidupan manusia sekarang. Jadi, saya cuba untuk berkongsi dengan anda. (ayat macam poyo lah pulak kan? maaf, tak berniat..)

PENDAHULUAN

"Wow, sedap giler lagu tu. Dengan gitar dia petik menusuk kalbu aku.."

"Gitar? Weh, ulamak kata x boleh main alat muzik yang bertali.. Gitar kan bertali?"


"Ye la, tu aku tahu. Ayat kau macam tak pernah dengar lagu yang guna tali. Kau tak yah bohong lah.. Sekarang zaman lain doh.. Lagu banyak yang ada alat muzik macam tu.."

"Aku bukan apa. sekadar nak bagitau kat kau.. Lebih baik kau dengar nasyid, lagi baik.."

"Eh, kau ni syadid sangat la.."

Ok. Sekarang cuba kita lihat sedikit potongan daripada perbualan di atas. Apa yang kita mungkin dapat?

"Realiti sekarang.."

"Alat muzik bertali haram.."

"Orang kedua tu syadid.."

Ya. Itu semua antara isi yang ada dalam teks dialog pendek tu, bukan? Tapi pernah tak kita terfikir untuk mendalami isu-isu sebegini? Pernah tak kita mencari maklumat untuk mencari jawapan isu-isu khilaf seperti ini? Mungkin ada yang pernah tapi seolah-olah tergantung dipertengahan. Jom sama-sama kita cuba dalaminya.

PENCERAHAN

Pertama: Istilah

   Sebenarnya, masyarakat sekarang termasuk kita masing-masing masih kabur tentang penggunaan istilah. Apa yang dimaksudkan istilah di sini adalah lagu, song dan nasyid. Yang menjadi ketaranya adalah antara lagu dan nasyid (sebab song termasuk dalam lagu). Pandangan mereka adalah

"Nasyid ni bukan lagu tapi sebuah lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan tidak melalaikan.."

"Sekarang, nasyid pun cinta-cinta saja. nasyid pun dah tak ada dengan lagu.. nak kata lalai, serupa saja"

Itu bukan antar responnya. Nampak tidak disitu. Dari segi konsep pun kabur lagi. Kata nasyid bukan lagu tapi masa penerangan "tapi sebuah lagu.. bla.. bla..bla..". Pelik, bukan? Itu lah realitinya. Tapi lagi pelik kalau ada yang berkata,

"Lepas ni, setiap pagi masa row-call kita nyanyi lagu asma' ul-husna"

"Lagu asma' ul-husna? ada ka? nasyid ada la.." (sambil pening-pening lalat)

"mm.." (senyum sambil geleng sikit kepala.. tanda sudah terkena)

Mereka juga menganggap nasyid ni untuk yang agak-agak islamik. tapi lagu adalah sebaliknya. Kejap, ANDA sebenarnya salah konsep!

Hakikat sebenar adalah ketiga-tiga istilah itu sama sahaja. Tiada bezanya dari segi isi maksudnya. Yang bezanya adalah lagu itu perkataan dalam bahasa melayu, song perkataan inggeris, dan nasyid perkataan arab. Itu lah bezanya.

Kedua: 3 Pandangan mengikut Islam

Ini adalah berdasarkan antara bahan bacaan saya. Maaf jika anda ada pandangan lain. Sekadar kongsi ilmu. Saya cuba petik daripada tulisan Ustaz Ridhwan Hj Hashim (bekas umam Masjid Subang Jaya, selangor).

Berdasarkan penilitiannya, terdapat 3 pendapat ulamak berkaitan dengannya.

1. Yang mengharamkan semua jenis dan bentuk alat muzik kecuali al dufuf (kompang atau rebana yang dipukul ketika majlis pernikahan) kerana terdapat hadis yang sahih mengenai keharusannya. Namun ia tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur. Tetapi lawan pendapat yang masyhur adalah harus memukul alat rebana atau kompang dalam semua upacara majlis kegembiraan umat Islam.

2. Yang mengharuskan semua jenis dan bentuk alat-alat muzik. Mereka berpendapat bahawa yang haram itu bukalah zat atau ain alat muzik itu sendiri tetapi faktor-faktor luar yang mengiringinya itu yang menentukan sama ada ia menjadi haram atau sebaliknya.

3.  Yang mengaharamkan beberapa jenis alat muzik - iaitu al Mizmar (seruling atau semua alat yang ditiup seperti serunai dan seumpamanya), al Awtar (alat muzik bertali) dan Thoblu al Kubah (gendang kecil yang ramping di tengah) – dan mengharuskan selain daripadanya.

Ketiga: Hujah bagi 3 pandangan tersebut

Pandangan 1: Haram semua jenis

Berpegang pada dalil berikut:
  1. Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

    Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
    ( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

    Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:

    Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).

    Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
    الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
    Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram.

    Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.

  2. Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.
    Dikeluarkan oleh al Dailami

     
  3.  Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)
    Dikeluarkan oleh al Dailami

    Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.
  4. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

    Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).
  5. Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
    (Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)
Antara ulamak yang menyokong pandangan ini:

  1. Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:
    ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
    Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.
     
  2.  Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:
    ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
    ومزمار عراقي واستماعها
    Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.
  3. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.

    Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.
Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya.

Pandangan 2: Harus semua jenis

Berpegang pada hujah seperti berikut:

  1. Al Syeikh Mahmud Syaltut telah menjelaskan dalam fatwanya Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Mu’asir fi Hayatihi al Yaumiyyah wa al ‘Ammah di mana katanya:

    “ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.
  2. Dr. Ahmad al Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa ulamak dalam kitabnya Yas’alunaka ‘an al Din wa al Hayah dalam perkara mendengar muzik dan nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa beliau berpendapat, fatwa al ‘Allamah al Syeikh Mahmud Syaltut itu adalah pendapat pertengahan yang adil di antara ulamak yang mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik dan nyanyian itu.
  3. Al ‘Allamah al Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh al Dilalat fi Sama’i al Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan di dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti suara burung akan termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah dihukum haram. Bahkan menggunakan dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “ al Lahwu ” (perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat).
  4. Di antara ulamak mutakhir di zaman kita ini yang sependapat dengan golongan ulamak yang kedua ini ialah al Syeikh Dr. Yusuf al Qardhowi sebagaimana dijelaskan dan dihuraikan dengan panjang lebar dalam kitabnya Malamih al Mujtama’ al Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al Haram fi al Islam - ( Halal dan haram dalam Islam ). Dalam huraian tersebut beliau telah menolak hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alat-alat muzik dengan menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai alat-alat muzik adalah dipertikaikan akan kesahihannya.
  5. Bekas Syeikh al Azhar Fadhilah al Imam al Akbar al Syeikh Ja-du al Haq Ali Ja-du al Haq (telah meninggal dunia pada pertengahan 90 an) juga bersependapat dengan pendapat yang mengharuskan alat-alat muzik sebagaimana yang dapat dilihat dalam kitab himpunan fatwa-fatwanya mengenai persoalan-persoalan semasa yang bernama Buhuth wa Fatawa Islamiyyah fi Qodhoya Mu’asirah, juzuk ke v. Katanya, “ sebagai mengambil sikap jalan tengah antara pendapat-pendapat ulamak tersebut, maka kami lebih cenderung untuk berkata bahawa mendengar alat-alat muzik walau apa pun jenis dan bentuknya, menghadiri majlis-majlisnya dan mempelajarinya adalah termasuk dalam perkara-perkara yang diharuskan. Dengan syarat ia tidak mendorong kepada membangkitkan nafsu syahwat, perlakuan-perlakuan tidak senonoh dan tidak disertai dengan arak, tarian-tarian, perkara-perkara yang buruk dan fasik atau digunakan untuk perkara-perkara haram atau ia digunakan sebagai wasilah atau alat yang membawa kepada berlakunya perkara haram dan mungkar atau ianya boleh melalaikan daripada menunaikan tanggungjawab dan kewajipan".
Pandangan 3: Mengharuskan beberapa alat muzik

Ini adalah pandangan di sisi Imam Al-Ghazali kerana alat muzik bertali dan seruling menjadi lambang kepada peminum arak dan khunsa. Hujahnya adalah dengan berkata bahawa syarak tidak mengharamkan alat-alat tersebut kerana kelazatannya. Jikalau ia hanya kerana kelazatannya maka perkara-perkara lazat yang lain turut dilarang. Ia dilarang atas dasar turutan (ittiba’). Apabila arak diharamkan, maka semua amalan peminum arak turut diharamkan bersama iaitu alat muzik bertali dan seruling.
  1. Ia boleh mengakibatkan seseorang itu meminum arak, kerana kelazatan yang ada padanya hanya akan sempurna dengan arak.
  2. Alat ini menyebabkan orang-orang yang baru meninggalkan arak mengingati kembali majlis-majlis hiburan yang dihidangkan dengan arak. Ini kerana majlis hiburan tersebut kebiasaannya diserikan dengan alat-alat muzik tersebut. Dengan itu apabila dia bermain dengan muzik tersebut, maka ia akan membawa kepada ingatan terhadap majlis itu. Ingatan akan mendorong kepada kerinduan. Dengan itu alat muzik tersebut menjadi penyebab seseorang yang telah meninggalkan amalan meminum arak kembali melakukannya.
  3. Terdapat ijma’ ulamak mengenainya, kerana ia telah menjadi amalan orang-orang fasik. Oleh itu ia dilarang kerana menyerupai mereka. Ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk di kalangan kaum tersebut.
Sham Kamikaze ketika membuat persembahan

PANDANGAN SAYA
Bagi pendapat saya, saya lebih cenderung untuk memilih pendapat kedua yang mengharuskan semua jenis. Ini kerana 

  1. Ulamak-ulamak yang menyokong hujah ini adalah berijtihad berdasarkan ilmu syara'  dan peredaran semasa.
  2. Ijtihad mereka adalah memilih tahap pertengahan. Tidaklah begitu syadid dan tidak pula terlalu longgar. Tetapi, masih berlandaskan syara' yang utama.
  3. Asalkan niat dan tujuan adalah utama. Jangan sampai ke peringkat lagho (lalai) dan haram. Pengharaman itu adalah berpunca daripada tujuannya bukan alat muzik itu. Tidak kiralah ia muzik baik nadanya, bentuknya, liriknya dan alat yang digunakannya.
  4. Perlu ingat asal hukum muzik adalah harus sahaja. Bukannya wajib. Jadi, perlu bijak menguruskan dan bataskannya.
  5. Kata Zizan (Raja lawak) dan Ustaz Azhar Idrus, "jangan sampai jadi najis"
Begitulah perbincangan kita pada kali ini. Terbukti betapa Islam itu satu agama yang mudah dan tidak membebankan ummatnya. Cuma Islam meletakkan garis pandua agar tidak terhuban jatuh di persimpangan.

Wallahu a'lam..

rujukan:

  1. http://mindasuper.com/v2/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=37
  2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4909.0

 
Laman Rasmi I-Tech © 2012 | Designed by Cheap TVS, in collaboration with Vegan Breakfast, Royalty Free Images and Live Cricket Score